Semenjak detik itu hariku jadi luar biasa indahnya. Langit kelihatan luar biasa birunya dan angin terasa luar biasa damainya. Dunia pun seakan ikut tersenyum merai senyumku yang tak pernah mahu melekang dari bibir. Sebuah bicara itu ternyata telah menghanyutkan aku dalam dunia khayal bagai seorang remaja yang kecanduan cinta. Eh, nanti dulu. Cinta? Inikah yang digelar cinta bila kau merasa seperti terlonjak di atas langit saat melihat senyumnya, atau merasa renjatan elektrik saat disapa olehnya lalu membawa getar itu dalam mimpi saat kau tidur? Barangkali terlalu awal mendefinisikannya apalagi ini adalah kali pertamanya aku melalui kadar denyutan jantung yang luar biasa cepatnya ini. Aku tidak mahu jadi remaja yang gegabah menterjemah perasaan sendiri. Kakak bilang, di usia remaja kita sering keliru memikir antara cinta dan pesona. Tapi sungguh, perasaan ini sungguh menyeksakan dan aku tidak mampu mengawal adrenalin yang mengalir dalam darahku setiap detik saat wajahnya muncul di balik bantal dan kamar tidurku.
Semenjak hari itu juga, baik aku atau dia sudah mulai berani memain peran. Detik itu, bukan lagi pandang curi yang dihantar tapi juga sudah mulai beranjak pada sapaan kecil di padang permainan, perpustakaan, kantin ataupun di lorong-lorong kecil menuju ke bilik-billik khas. Ia hanyalah sekadar sapaan hai dan bye namun sudah cukup membuat aku melantun lagi ke langit dan tidak mahu turun-turun dari situ. Akhirnya peran sapaan itu mulai berganjak lebih jauh lagi. Kami sudah mulai berani duduk berdua di tepi padang seusai jam latihan sukan tamat sekadar berkongsi ilmu padang dan post-mortem setelah selesai beraksi. Tidak ada cerita selain itu. Ia hanyalah sekadar cerita membunuh canggung dan menutupi kemaruk untuk bertemu. Bau peluh yang membasahi tubuh kami seakan sudah jadi aroma yang wangi hingga aku sudah mulai hafal baunya meski dari jauh.
Tapi andaikan dia tahu bahawa sejak itu aku juga sudah mulai meminjam barangan peribadi kakak yang jenamanya ada macam-macam dan baunya diperah dari pelbagai buah. Mandiku sudah lebih lama dari biasa dan aku memakai sabun lebih banyak dari biasa supaya wanginya menyebar masuk ke dalam hidungnya. Aku mahu dia hafal bauku sepertimana aku menghafal bau tubuhnya. Aku juga sudah mulai peduli pada gaya rambutku dan tatacara pakaianku. Aku memerlukan masa yang lebih lama beraksi di depan cermin untuk menjadi perempuan paling cantik di matanya, memikirkan pakaian mana satu, atau gaya rambut yang bagaimana yang mampu membuatnya terkesan. Namun kemudiannya semuanya hanya membuatku lelah dan aku mulai kembali jadi diriku; dengan rambut panjang ke pinggang yang disisir dan diikat ke belakang mirip ekor kuda tua dan pakaian sukan yang bersaiz M meski tubuhku hanya perlu dimuatkan dengan saiz S.
Tapi andaikan dia tahu bahawa sejak itu aku juga sudah mulai meminjam barangan peribadi kakak yang jenamanya ada macam-macam dan baunya diperah dari pelbagai buah. Mandiku sudah lebih lama dari biasa dan aku memakai sabun lebih banyak dari biasa supaya wanginya menyebar masuk ke dalam hidungnya. Aku mahu dia hafal bauku sepertimana aku menghafal bau tubuhnya. Aku juga sudah mulai peduli pada gaya rambutku dan tatacara pakaianku. Aku memerlukan masa yang lebih lama beraksi di depan cermin untuk menjadi perempuan paling cantik di matanya, memikirkan pakaian mana satu, atau gaya rambut yang bagaimana yang mampu membuatnya terkesan. Namun kemudiannya semuanya hanya membuatku lelah dan aku mulai kembali jadi diriku; dengan rambut panjang ke pinggang yang disisir dan diikat ke belakang mirip ekor kuda tua dan pakaian sukan yang bersaiz M meski tubuhku hanya perlu dimuatkan dengan saiz S.
Segala-galanya indah saat itu. Bahagia ada di mana-mana dan ia datang setiap hari menjengukku di muka pintu di awal pagi dan mengiringi tidurku setiap malam. Lalu di hadapan kelasnya juga sudah mampu membuatku bahagia, merasakan bahawa dia pasti sedar kalau aku si gadis kurus kerempeng ini sedang berjalan di situ. Aneh kutafsir makna bahagia sedang kita sendiri tidak pernah melihat seperti apa rupanya bahagia itu. Terkadang aku memikirkan bahawa bahagia itu berbentuk kunang-kunang kecil yang meminjamkan cahayanya padaku, atau serupa pari-pari yang bersayap dan punya tongkat ajaib. Nyatanya bahagia itu punya satu kuasa hipnotis yang menjadikan alam bawah sedar seorang manusia menjadi laskar pelangi yang berlapis-lapis indahnya. Ah, serupa apapun wajahnya bahagia itu, atau mungkin saja ia tidak punya rupa, nyatanya kebahagiaan itu telah menghiasi duniaku yang hampa warna selama ini. Aku tidak lagi mengutuk keputusan abah untuk berpindah semula ke sini. Segalanya punya hikmah. Dan siapa sangka kalau anak gadis abah yang manja dan sedikit pemalas ini ternyata menemukan bahagia itu di sini?
Dan ya, aku juga sudah luar biasa rajinnya ke sekolah. Aku bangun awal pagi tanpa perlu lagi pintuku digendang oleh abah. Aku menyediakan bekalku sendiri tanpa perlu bebalan Umi yang lelah menyuruhku sebelumku ini. Aku menyudahkan kerjarumah yang diberi guru lebih awal kerana tidak mahu aku bakal memalukan diriku kalau didenda di depannya. Kelazimannya, pelajar yang gagal menyiapkan tugasan akan disuruh mengakui kesalahan mereka di kelas lain. Oh, sudah pastilah aku tidak mahu masuk dalam senarai itu!
Dan ya, aku juga sudah luar biasa rajinnya ke sekolah. Aku bangun awal pagi tanpa perlu lagi pintuku digendang oleh abah. Aku menyediakan bekalku sendiri tanpa perlu bebalan Umi yang lelah menyuruhku sebelumku ini. Aku menyudahkan kerjarumah yang diberi guru lebih awal kerana tidak mahu aku bakal memalukan diriku kalau didenda di depannya. Kelazimannya, pelajar yang gagal menyiapkan tugasan akan disuruh mengakui kesalahan mereka di kelas lain. Oh, sudah pastilah aku tidak mahu masuk dalam senarai itu!
Suatu petang, sewaktu aku selesai acara latihan padang di bulan March yang panas, aku mendapati dia sudah duduk di bangku kayu panjang di tepi dinding bilik Kemahiran Hidup, tempat kami selalu bertemu. Tidak biasanya dia selesai lebih awal dariku. Selalunya, akulah yang lebih dulu duduk menantinya di situ dalam pertemuan demi pertemuan tanpa janji. Dia mengembangkan senyuman ajaibnya begitu melihatku datang. Tanpa sedar, aku membalasnya. Rasa rindu menyergap ke dalam rongga nafasku. Saat aku mulai menguasai keadaan, tiba-tiba perasaan malu mula terbit dan aku tidak jadi duduk di sebelahnya. Aku hanya berdiri di depannya sambil mengesat peluhku dengan sehelai tuala kecil berwarna biru.
“Kau awal,” tegurku begitu duduk di tepi batu besar, dekat dengan bangku kayu. “Latihanmu sudah selesai?”
Dia menggeleng. “Kami akan buat latihan lanjut di padang daerah selepas ini. Aku takut aku tidak sempat bertemu denganmu kalau aku pulang ke sini nanti dan kau sudah tiada,” terangnya dengan wajah bercahaya. Ataukah cuma aku yang melihat cahaya itu? Tapi sungguh, matanya luar biasa cantiknya hari ini. Semacam ada kilatan kejora yang bersinar di situ, seolah, dia sedang tidak sabar untuk mengatakan sesuatu.
Kilatan cahaya dari matanya itu membuat aku seperti orang dungu. Aku hanya tercengang menatapnya yang tak putus menghadiahi aku senyuman.
“Ada apa?” tanyaku akhirnya antara rasa malu-malu dan ingin tahu. “Kau seperti mahu memberitahuku sesuatu,”
Dia menggeleng. Ketawa yang tertinggal di mulut. Aku semakin bingung. Segera aku cuba mempelajari tubuhku,cuba mencari kalau ada sesuatu yang kurang beres di situ, atau ada sesuatu yang melekat di gigiku, hingga menimbulkan kelucuan yang menggelikan hatinya. Bila tidak menemukan apa-apa, aku bertanya lagi;
“Ada apa?”
Tanpa menjawab, dia terus ketawa. Kali ini sudah mulai kedengaran di telingaku. Aku mulai merasa dipermainkan. Lalu dari rasa mahu tahu, aku mulai merasa sedikit canggung. Wajah cemberutku pun mula menerbit di riak mukaku. Melihatku mula mengubah reaksi, Iman berhenti ketawa. Agak bersusah-payah sedikit nampaknya, tapi diusahakannya juga agar tawanya berhenti di situ.
“Kau marah?” tanyanya dengan nada sedikit memujuk. Aku cuma diam.
“Maaf. Aku tak bermaksud mentertawakanmu. Aku cuma...” dia terhenti.
“Apa?” tanyaku sigap.
“Sebenarnya, kami sudah ke padang daerah tadi. Tapi bila sampai di sana, aku baru sedar yang aku belum melihatmu lagi sepanjang hari ini. Aku juga tidak sempat ke perpustakaan tadi kerana bertugas menjaga pagar. Lalu aku berbalik ke sini semata-mata untuk melihatmu. Kau tahu? Aku penat. Kau tahu betapa jauhnya padang itu dari sekolah kita? Hampir 500meter. Dan aku boleh ke sini hanya dalam masa tidak sampai 2 minit. Dan begitu melihatmu, aku rasa...”dia terhenti dan aku tiada keberanian untuk bertanya mahupun menyampuk. Takut kalau pertanyaanku bakal merosak kata-katanya. Lalu dia pun meneruskan dengan susunan bahasa yang berpatah-patah,
“Begitu melihatmu tadi...aku rasa segala kepenatanku hilang. Kukira kau akan marah kerana aku tidak muncul di perpustakaan tadi. Dan aku kira kau akan marah kerana aku pergi ke padang tanpa memberitahumu dulu. Ternyata, kau baik-baik saja. Kau masih begitu, dan masih mahu tersenyum padaku. Dan itu...sangat membuatkan aku lega. Dan aku juga tidak tahu kenapa aku...boleh merasa lega...kenapa ya?” tanyanya dengan tatapan mata yang begitu dalam ke dalam mataku. Aku terhenyak di tempatku duduk. Kaku. Dungu. Atau katalah apa saja. Aku benar-benar tidak tahu harus membalas apa. Berusaha kukumpul segala keberanian untuk membalas renungannya namun jantungku ini seakan tidak mahu memberi ruang. Ia berdetak terus malah lebih kuat dari sebelumnya hingga aku khuatir kalau Iman dapat mendengarnya dari jaraknya duduk.
Ya, kenapa? Aku memang kesal kalau dia tidak muncul di perpustakaan tadi. Aku tidak tahu kalau dia sedang ditugaskan menjaga pagar kerana aku sememangnya lupa kalau dia punya amanah lain yang perlu digendong selain dari berjumpa denganku. Aku memang tahu kalau hari ini latihan ke padang pusat sudah dijadualkan untuk atlet lelaki dan kami dijadualkan besok. Penumpuanku pada latihan memang agak terganggu hari ini. Tapi begitu melihatnya, seluruh kekesalan itu lenyap bagai kabus yang hilang saat mentari datang. Jesteru yang tinggal hanya rasa bahagia.
Ya. Bahagia lagi. Bahagia itu tidak saja datang menjengukku hari ini. Tapi ia juga sudah menyinggahiku. Mengetuk lembar daun pintu remajaku yang kukuak begitu melihatnya datang.
Iman lalu meminta diri untuk kembali semula ke padang pusat. Aku hanya menghantarnya dengan mata yang berpinar antara bahagia dan ghairah. Dia terus pergi dan sesekali menoleh ke belakang seakan ingin memastikan aku masih ada di situ untuk menatapnya pergi. Ketawanya masih tersudut di balik bibirnya. Ketika bayangnya mula menjauh, dia berlari selajunya dan aku dapat mendengar ketawanya menerawang ke udara, sampai ke telingaku.
Ketawa itu mengelitik hatiku lalu aku pun turut ketawa bersamanya tanpa benar-benar tahu kenapa aku juga harus ikut ketawa. Nyatanya perasaan itu bagai darah yang mengalir pada setiap urat-urat hijau kecilku untuk mengelitik rasa seorang aku. Bahagiaku pun melonjak ke langit tanpa kesudian untuk turun lagi ke bumi.
Seperti inikah rupa bahagia?
bersambung...
No comments:
Post a Comment